Monday, January 31, 2011

Hukum Menggunakan Perkataan Salam

Saya mengambil artikel ini dari laman FaceBook yang telah dikongsi oleh kawan2. Saya tidak tahu siapakah penulis asal artike ini tetapi saya mengekalkan nama Nurulhuda N Mohd Yasin seperti yang diperolehi dari FB. Saya publish disini hanya untuk perkongsian secara lebih global. Terpulang pada anda untuk menerima pandangan yang mana. Cuma harapan saya janganlah kita pendek akal serta jumud dalam pemikiran. Serta janganlah kita menyusahkan perkara yang senang. Teringat saya seorang ustaz memberikan ceramahnya di kampung saya beberapa tahun lalu. Katanya “haram kita menamakan ombak besar yang melanda Acheh itu “Tsunami” kerana tsunami itu dalam bahasa Jepun bermaksud “ombak yang jahat”. Allah tidak pernah melakukan kejahatan maka dengan menyebut ‘tsunami’ maka seolah2 Allah telah melakukan kejahatan.” Maka tercenganglah mak cik2 dan pak cik2 kampung saya dengan penjelasan tersebut. Saya cuma senyum sendirian, nampaknya kenalah kita namakan ‘tsunami’ itu ‘ombak sayang’ ya tak? Alahai ustaz, tak perlulah perkara kecil ini diperbesarkan. Apalah sangatnya yang ada pada nama. Kalau macam tulah semua perkataan yang membawa maksud buruk itu kita hapuskan dari kamus dan percakapan. Amacam? Dahlah tu, saya paparkan di sini artikel dari FaceBook tersebut:

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

by Nurulhuda N Mohd Yasin on Wednesday, January 12, 2011 at 8:28am

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,, ASSALAMUALAIKUM or ASSALAMUALAIKUMWARAHMATULLAHIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam,

saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat.

Jawab salam yang betul ialah ;

“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ;

“WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan “A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform “A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan“ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.” Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..


PANDANGAN/JAWAPAN KEPADA ARTIKEL DI ATAS..

pertama, short term assalamu'alaikum ialah A'kum, selagi kita maksudkannya dgn lafaz Salaam or assalamu'alaikum, maka bg pendapat ana, tidak menjadi kesalahan..selagi mana tiada dalil@bukti khas... mengatakan pengharaman penggunaan perkataan tersebut, dan yg menghantar (yg menulis) dan yg menerima amat memahami short term tersebut...

Dalil@Sandaran ana, sbgaimana short term bg sollahu 'alaihi wassalam iaitu SAW dan subhanahu wataa'ala iaitu SWT dan byk lagi short term yg diguna pakai...

Namun, jika yg membaca dan yg menulis, tidak memahami maksud short term tersbut maka lain pula hukumnya..

Kedua, ana cukup setuju dgn saranan, Salaam itu lebih baik..

tetapi ana tidak setuju dgn pndgn yg mengatakan tidak boleh mengatakan ucapan "Sampaikan salam untuk si fulan" sedangkan dalam bahasa Arab ada disebut..

بلغ تحيتي إليه

سلم على فلان

Kedua-dua ayat ini, tiada lafaz assalamu'alaikum, sedangkan penggunaan kedua-dua ayat ini digunakan secara meluas oleh org arab dlm ayat seharian mereka, dan tambahan pula makna ayat adalah sama dengan bahasa melayu kita iaitu Sampaikan salam utk si fulan..

sbgaimana dibolehkan menggantikan Salam dngn assalamu'alaikum kerana mempunyai makna yg lebih kurang sama..bgitu juga dalam ucapan di sini..difahami bahawa sampaikan SALAM adalah sama dgn sampaikan ASSALAMU"ALAIKUM..


BERIKUT ADALAH PENDAPAT/JAWAPAN YG MENARIK BERKENAAN HAL INI..

1. Untuk setiap huruf jawi dan rumi, ada atau tidak perkataan buruk? Jika ada, maka tidak mustahil "A.L.L.A.H" dan "alif lam lam ha" dimaksudkan dengan buruk untuk setiap huruf. Jadi, ki...ta tidak boleh guna "Allah" dalam Jawi dan Rumi lah ye? Macam tu?

2. Betul atau tidak, singkatan "A'kum" bermula sedikit lewat dari wujudnya internet dan sistem pesanan ringkas? Jika betul, adakah dan siapakah manusia bukan Melayu atau Yahudi pertama yang guna "A'kum"? Jika bukan Yahudi atau agen - agennya, siapa? Jika Melayu kita juga yang mula (sebab aku tak yakin American Muslim yang mula "A'kum"2 ni), adakah dia pandai bahasa Yahudi? Yahudi atau bukan Yahudi, SIAPA yang mula cipta singkatan A'kum? Sebut nama, kita selidik sama - sama siapa dia. Kalau tak sabit tuduhan email layang ni, fitnah melulu walaupun niat baik nak menegah adalah haram. Dosa tetap dosa. Siapa tukang forward sama je dosa dengan orang yang cipta penipuan ni.

3. Apa agaknya reaksi orang bukan Islam, terutamanya Yahudi yang kita benci-benci sangat ni, kalau mereka baca benda ni? Tak malu ke kalau korang sebenarnya paranoid dan takut dengan bayang - bayang sendiri?

INI ADALAH BUKTI KESALAHAN DALAM TERJEMAHAN "AKUM"

sila rujuk gambar tersebut..

http://j0.tagstat.com/image04/0/e564/002X000UelA.jpg

Avde Kokhavim U Mazzalo membawa maksud HAMBA2 PENYEMBAH BINTANG & ORANG2 YANG SESAT.. Itulah maksud sebenarnya..

INI ADALAH JAWAPAN UST ZAHARUDDIN TTG HAL INI..

Salam,

Terima kasih atas “teguran” atau “peringatan” yang diberi.

Bagaimanapun, saya tidak lah termasuk di kalangan orang yang bersetuju untuk mensyaratkan assalamualaikum di tulis penuh. Tidaklah saya ketahui apakah dalil khusus yang digunakan bagi mensyarat dan mewajibkannya.

Menurut Islam, yang lebih penting adalah “kefahaman intipati”. Jika anda faham ianya adalah lafaz penuh, maka tiada lagi masalah bagi menulis ringkasannya. Perlulah memahami Maqasid Shariah (objektif dari hukum Shariah) dalam hal ini. objektif shariah dalam hal memberi salam adalah sunnah dan mendoakan saudara seIslam. Ia dibuat dalam bentuk verbal biasanya. Apabila ditulis secara tulisan, jika benar formal, bolehlah anda menulisnya dengan lengkap, tetapi di kala tidak formal, yang penting maksud shariahnya sampai.

Tulisan “salam” atau “akum” atau “askum”, sudah tentulah bermaksud lafaz salam yang penuh, tiada siapa yang akan menulisnya kecuali bermaksud lafaz salam yang penuh. Maka adalah menjadi suatu kecacatan sendiri apabila si pembaca membacanya dengan lafaz singkat. Sebagaimana singkatan “utk”, “dsbg” dan difahami secara automatik ia adalah bermakna “untuk”, “dan sebagainya”.

Justeru, Islam adalah agama yang memudahkan dan bukan menyusahkan dengan perkara amat cabang dan kecil ini, bagi merasakan inidvidu yang menggunakannya adalah salah. Bagi saya, orang yang mengganggap salah itulah yang salah.

Adalah logik dan diterima Syara’ utk menggunakan singkatan bagi lafaz salam di sms, mahupun email dan

lain-lain tempat yang sesuai, kerana ia tetap bermaksud lafaz salam yang ditujukan.

Saya sebenarnya amat pelik, saya telah selalu membaca dan mendengar pertikaian seperti ini, tetapi ini yangpertama kali saya ditujukan secara peribadi, persoalannya mengapa isu yang sekecil ini juga terdapat perdebatan. amat membuang masa..

Wallahu'alam..

Jika kita berterusan berpandangan cara ini dan menutup pemikiran, pasti satu hari nanti akan ada satu kes baru, bahawa memberi salam mestilah ditulis dalam tulisan Arab sahaja, kerana ejaan Assalamualaikum tidak tepat dari segi bacaan dan panjang pendeknya..Na'uzubillah dari perbahasan yg hanya akan lebih menyusahkan org awam..

Berikut adalah sebahagian ayat-ayat Al-Quran, yg menggunakan “Salaam”..

Al-An’am, 54

وَإِذَا جَاءكَ الَّذِينَ يُؤْمِنُونَ بِآيَاتِنَا فَقُلْ سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ

Apabila orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Kami itu datang kepadamu, maka ka...takanlah: "Salaamun alaikum” (mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan atas kamu).

Al-A’raf, 46

وَنَادَوْاْ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ أَن سَلاَمٌ عَلَيْكُمْ

Dan mereka menyeru penduduk surga: "Salaamun 'alaikum” (mudah-mudahan Allah melimpahkan kesejahteraan atas kamu).

Yunus, 10

دَعْوَاهُمْ فِيهَا سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلاَمٌ

Do'a mereka di dalamnya ialah: "Subhanakallahumma”, dan salam penghormatan mereka ialah: "Salam" (sejahtera dari segala bencana)

Hud, 69

وَلَقَدْ جَاءتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُـشْرَى قَالُواْ سَلاَماً قَالَ سَلاَمٌ فَمَا لَبِثَ أَن جَاء بِعِجْلٍ حَنِيذٍ

Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (malaikat-malaikat) telah datang kepada lbrahim dengan membawa kabar gembira, mereka mengucapkan: "Selamat." Ibrahim menjawab: "Selamatlah," maka tidak lama kemudian Ibrahim menyuguhkan daging anak sapi yang dipanggang.

Hasil daripada pencarian ana, ayat-ayat Al-Quran menggunakan "Salaam" untuk membawa maksud "kesejahteran, dan keselamatan"..

Justeru, bagi ana menggunakan "Salaam" adalah sama sekali tidak salah!~

Yg salah, jika menggunakan kalimah "As-saam" ...sebagaimana datangnya dalam satu hadis yg mana orang Yahudi pada zaman Nabi s.a.w apabila memberi salam menyebut as-samu ‘alaikum yang bermaksud: maut atau kemusnahan ke atas kamu. Mereka cuma mengelirukan pendengaran orang Islam. Justeru itulah Nabi s.a.w menyuruh dijawab dengan ungkapan ‘wa alaikum’ sahaja.

“Sesungguhnya Yahudi apabila memberi salam kepada kamu, sebenarnya dia menyebut: as-samu ‘alaika (maut atau kemusnahan). Maka kamu jawablah wa ‘alaika (ke atas kamu). (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Tambahan Info:

Merujuk kepada Lisanul 'Arab (Salam):

والسُّنَّة لا تختلف في تحية الأَموات والأَحْياء ويشهد له الحديث الصحيح أَنه كان إِذا دخل القبور قال سَلامٌ عليكم دارَ قَومٍ مؤمنين

Dan sunnah tidak ada ikhtilaf dalam tahiyyah kpd org2 mati atau org2 hidup, dan berdalilkan hadis sahih: Sesghnya apabila dia (Rasulullah) masuk ke perkarangan kubur (melaluinya), maka baginda menyebut: "Salamun 'alaikum daara qawmin mu'minin (Keselamatan dan kesejahteraan kepada kamu semua, wahai kediaman kaum-kaum mukninin (penghuninya)"

ويقال السَّلامُ عليكم سَلامٌ عليكم سَلامٌ بحذف عليكم ولم يرد في القرآن غالباً إِلاَّ مُنَكَّراً

Dan disebut: Assalamu'alaikum, Salamun 'Alaikum, Salaam tanpa "alaikum, kebiasaannya (kebanyakannyan) tidak disebut dalam Al-Quran kecuali dalam bentuk nakirah..

Namun, jika disebut As-Salaam yg dimaksudkan dengannya satu Nama/sifat daripada Nama-nama/Sifat-sifat Allah yg Maha Mulia, maka mesti disebut dalam bentuk Ma'rifah..

(Rujukan Lisanul 'Arab)

Wallahu'alam..


  • 10 person like this.

·

Comment 1: biasalah kita suka discuss bd yg pelik2. mcm the arrivals, mata satu..sume bd diakatakan agenda yahudi. menyimpang sket, aku rasa semua roundabout kat malaysia ni patut dimasukkan dlm vid the arrivals.boleh:))

January 23 at 11:23am


Comment 2:

Yer pakcik! Sedangkan "the arrivals" or bila kiamat, kita tidak disuruh mencari or mengkajinya, yg disuruh dan dituntut ialah bersedia..

وَيَقُولُونَ مَتَى هَذَا الْوَعْدُ إِن كُنتُمْ صَادِقِينَ قُلْ إِنَّمَا الْعِلْمُ عِندَ اللَّهِ وَإِنَّم...َا أَنَا نَذِيرٌ مُّبِينٌ
Dan mereka berkata: "Bilakan akan datangnya ancaman itu (kiamat) jika kamu adalah orang-orang yang benar?"
Katakanlah: "Sesungguhnya ilmu (tentang hari kiamat itu) hanya pada sisi Allah. Dan sesungguhnya aku hanyalah seorang pemberi peringatan yang menjelaskan."
(SURAH AL-MULK, 25-26)See More

January 23 at 1:55pm


Comment 3: Saya sokong Alfadil Alustaz Zaki. Even klu kita tulis "assalamulaikum" pun ia takkan sama dgn السلام عليكم. Sbb xda panjang pendeknya.. huruf ain xda.. huruf "k" tu qaf ke kaf.. "u" tu mewakili و ke? jd, tulisla pnjang mana pun dgn rumi ia takkan betul. Jadi "assalamulaikum" sama salah dgn "akum".. maka terimalah seadanya..

January 23 at 2:32pm


Comment 4: Shukran 'ala ta'liqika ya akhi Sheikh Yazid..

January 23 at 2:35pm


Comment 5:

ada sebahagian dr2 d u.alazhar melarang pjlr menulis dlm imtihan kalimah sod ص yg merujuk kpd صلى الله عليه وسلم ....dan sabhagian dr2 xkesah berkaitan nie , dan mengatakan ianya bergantung kpd apa yg kita mksudkan dlm hati..Berkaitan perba...hasan... salam nie , untuk mengelakkan kekeliruan elok kita gunakan Al-Salam @Assalam yg mana AL ma'rifah pada salam menjadikan ianya terus merujuk kpd lafaz السلام عليكم ...lafaz salam shja terlalu umum , mlhan Rasulullah menggunakan lafaz salam untuk ditujukan kepada raja2 yg kafir menerusi surat2 yg dihantar oleh Rasulullah kepada mereka iaitu lafaz سلام على من اتبع الهدىSee More

January 23 at 3:31pm


Comment 6

Walaubagaimanapun, bagi ana Ya Sheikh Hadi.. ini dalil penggunaan "Salam kepada bukan org kafir" sahaja..

Hud, 69
...
وَلَقَدْ جَاءتْ رُسُلُنَا إِبْرَاهِيمَ بِالْبُـشْرَى قَالُواْ سَلاَماً قَالَ سَلاَمٌ فَمَا لَبِثَ أَن جَاء بِعِجْلٍ حَنِيذٍ

Dan sesungguhnya utusan-utusan Kami (malaikat-malaikat) telah datang kepada lbrahim dengan membawa kabar gembira, mereka mengucapkan: "Selamat." Ibrahim menjawab: "Selamatlah," maka tidak lama kemudian Ibrahim menyuguhkan daging anak sapi yang dipanggang.

dan jika merujuk kepada Lisanul 'Arab (Salam):
والسُّنَّة لا تختلف في تحية الأَموات والأَحْياء ويشهد له الحديث الصحيح أَنه كان إِذا دخل القبور قال سَلامٌ عليكم دارَ قَومٍ مؤمنين
Dan sunnah tidak ada ikhtilaf dalam tahiyyah kpd org2 mati atau org2 hidup, dan berdalilkan hadis sahih: Sesghnya apabila dia (Rasulullah) masuk ke perkarangan kubur (melaluinya), maka baginda menyebut: "Salamun 'alaikum daara qawmin mu'minin (Keselamatan dan kesejahteraan kepada kamu semua, wahai kediaman kaum-kaum mukninin (penghuninya)"
ويقال السَّلامُ عليكم سَلامٌ عليكم سَلامٌ بحذف عليكم ولم يرد في القرآن غالباً إِلاَّ مُنَكَّراً
Dan disebut: Assalamu'alaikum, Salamun 'Alaikum, Salaam tanpa "alaikum, kebiasaannya (kebanyakannyan) tidak disebut dalam Al-Quran kecuali dalam bentuk nakirah..

Namun, jika disebut As-Salaam yg dimaksudkan dengannya satu Nama/sifat daripada Nama-nama/Sifat-sifat Allah yg Maha Mulia, maka mesti disebut dalam bentuk Ma'rifah..
(Rujukan Lisanul 'Arab)

Wallahu'alam..

January 23 at 4:25pm · http://static.ak.fbcdn.net/rsrc.php/yF/r/tddUIK01p63.png


Comment 6

Stuju dgn ust... yg pnting ialah msg yg nk dsampaikn... psl "a'kum" plk rseny xde mslh nk gna sbb ianya mngikut fhmn bgsa msing2.. cthny bgsa indonesia sstghnya pggil bapa dgn "papi", tp dlm bhs eng "puppy" tu mksd dia...................

January 24 at 7:19am · http://static.ak.fbcdn.net/rsrc.php/yF/r/tddUIK01p63.png


Comment 7: article ini bgus skali....

January 24 at 12:08pm

No comments: