Monday, August 15, 2011

Mana Lebih Baik Celcom atau Maxis?

Saya adalah seorang pengguna Celcom sejak tahun 1998 lagi. Masa itu akses fee adalah sebanyak RM60.00 tak termasuk bayaran panggilan 30 sen seminit. Oleh kerana bekas tunang saya pada masa itu sedang belajar di MPKTBR, maka saya daftarkan pascabayar Celcom atas nama beliau untuk dapatkan pakej kerajaan RM30 sebagai akses fee. Saya rasa pada masa itu Celcom adalah yang terbaik. Kami berkahwin pada tahun 1999 dan setelah beberapa tahun kami dikurniakan sepasang cahayamata yang comel lagi bijak. Tahun 2003 saya telah tukarkan nama pendaftaran nombor Celcom tersebut kepada nama saya (recycle nombor) dan mengambil minit plan 250 iaitu dengan bayaran RM50 untuk kira-kira 250 minit masa perbualan (selamat tinggal akses fee RM30). Tahun 2006 saya dinaikan pangkat dan terpaksa tinggal berjauhan dengan isteri dan anak-anak. Oleh itu saya telah mendaftarkan nombor tersebut dengan pakej family plan Celcom. Pada masa itu saya mengekalkan minit plan 250 dan mendaftarkan 3 line tambahan (satu untuk isteri dan 2 lagi untuk anak-anak yang makin membesar.) Family Plan Celcom pada masa itu adalah yang terbaik kerana tiada had panggilan, sms dan mms untuk panggilan yang dibuat dalam rangkaian family. Malahan setiap line tambahan hanya dikenakan bayaran RM5 sahaja.

Jun 2011 saya mendapat handphone Blackberry dibawah skim pembiayaan handphone untuk penjawat awam dan saya daftarkan dengan maxis value plus 50 dan data plan Bis Pro 90. Family plan Celcom masih saya kekalkan cuma nombor yang biasa saya gunakan tersebut saya beri pada isteri saya dan saya menggunakan nombor yang digunakan oleh isteri saya. Tujuannya supaya isteri lebih bebas membuat panggilan kerana line saya tersebut adalah minit plan 250.

Setelah beberapa bulan menggunakan Value Plus 50 Maxis, saya mendapati bahawa Value Plus 50 Maxis adalah jauh lebih baik dari Minit Plan 50 Celcom. Tak mustahil ia juga lebih baik dari Celcom Exec 50. Saya belum pernah mencuba exec 50 tetapi jika ia lebih kurang dengan minit plan 50 maka lebih baik mengambil Value Plus 50 Maxis. Kenapa? Saya akan jelaskan dalam entry selanjutnya nanti.

No comments: