Saturday, October 18, 2008

Siapakah Alexander The Great atau Iskandar Zulkarnain?

Alexander Bukan Zulkarnain

Saya sedang memandu dari Ipoh untuk pulang ke Pasir Puteh Kelantan apabila handphone saya berbunyi. Melihat nombor panggilan yang tak dikenali, mulanya saya malas menjawab apatah lagi ketika sedang memandu. Tetapi setelah melihat kod 03 saya menjawab juga panggilan tersebut walaupun sedang memandu kerana mana tahu panggilan penting daripada Putrajaya. Tak kisah la walaupun sedang memandu, lagipun semua orang buat macam tu hatta anggota polis trafik yang dok sebok menyaman mereka yang menggunakan handphone semasa memandu pun buat macam tu. Standard la kata orang. Rupa-rupanya panggilan tersebut hanyalah dari Promoter Celcom 3G untuk mempromosikan video streaming terbaru mereka yang bertajuk Alexander Bukan Zulkarnaim (ABZ). Kalau nak tengok video tersebut langgan saja dengan bayaran RM5 sebulan katanya.

Sepanjang 50km perjalanan berikutnya saya asyik terfikirkan tentang Alexander ni. Tanpa melihat pada isi video ABZ tersebut pun dalam diam saya bersetuju bahawa Alexander bukan Zulkarnain. Yelah, Alexander tu namanya Alexander The Great tidak tercatat di dalam al-Quran pun tetapi Zulkarnain tu seorang nabi. Masakan mereka adalah orang yang sama. Tetapi siapa pula Iskandar Zulkarnain seperti yang disebut di dalam sejarah Melayu tulisan Tun Sri Lanang dalam Salatus Salatin? Adakah Iskandar Zulkarnain dan Zulkarnain adalah orang yang sama?

Walau apapun, saya amat setuju bahawa Zulkarnain bukan Alexander The Great. Kedua-duanya amat berbeza, kecuali kekeliruan sejarah yang menganggap mereka berdua sama orangnya.Kekeliruan ini ditimbulkan kerana ciri perkasa dalam cara mereka berperang dan menakluki dunia, sehingga tidak dapat membezakan akhlak dan visi mereka berdua.
Bila kita menonton filem Alexander, jelas menunjukkan perbezaan akhlak mereka. Alexander berkubang dengan nafsu bila mengahwini Roxana yang dalam satu adegan bertelanjang bulat. Jelas ini bukan tingkah laku Iskandar Zulkarnain. Filem Alexander dicipta dari segi visi Kristian. Ini boleh dilihat dari sudut usianya. Alexander mencapai segala kejayaannya dalam usia 33 tahun atau 35 tahun, menyerupai pencapaian keagamaan oleh Nabi Isa yang wafat atau diangkat ke hadrat Allah dalam usia 33 tahun. Walaupun ini tidak disebut, itulah yang disampaikan secara halus. Nama Zulkarnain, disebut dalam Surah al-Kahfi ayat 89-99, apabila Zulkarnain tiba di Armenia, penduduknya meminta pertolongan kerana selalu dianiaya oleh kaum yang dinamakan Ya’juj dan Ma’juj atau Gog-ma-Gog. Zulkarnain mendirikan dinding campuran besi dengan tembaga sebagai sempadan atau halangan daripada kaum Ya’juj dan Ma’juj itu, tanpa mengambil upah sedikit pun. Zulkarnain juga menyaksikan matahari terbit iaitu untuk menghayati kebesaran Allah SWT dan matahari terbenam di barat.
Alexander tidak berakhlak seperti Zulkarnain. Alexander dengan tenteranya yang besar membawa malapetaka kepada negara yang diserangnya. Di Mesopotamia atau Iraq, Alexander meruntuhkan Babylon dan menghanguskan kota Persepolis yang hebat itu. Walaupun Alexander membuka kota Alexanderia di Mesir, kebanyakan kota strategik, termasuk Kaherah dimusnahkan. Kota Alexanderia atau Iskandariah dirikan kerana kepentingan pelayaran di Laut Mediteranean untuk ke Greece dan menguasai lautan itu.
Perbezaan paling ketara antara kedua-duanya, Zulkarnain beragama Islam mengikut syariat Nabi Ibrahim sedangkan Alexander tidak beragama atau menganut fahaman Hellas atau Hellenism, suatu fahaman dalam masyarakat Greek waktu itu. Zulkarnain memerangi kezaliman, penganiayaan dan menegakkan kebenaran, agama dan kemanusiaan, sedangkan Alexander menyerang untuk keagungan diri, memusnahkan kemanusiaan dan menghambakan manusia.
Secara kesimpulannya jangan kita samakan Alexander dengan Zulkarnain yang memang agung menjadi contoh perjuangan untuk membina negara Islam kepada Nabi Muhammad SAW. Kisah Zulkarnain termaktub dalam wahyu Allah SWT, Alexander hanya dicatat dalam sejarah Eropah sebagai penjajah dan pemusnah kemanusiaan di seluruh dunia. Wallahua'lam.

3 comments:

Anonymous said...

Salam.

terima kasih kerana punya kesedaran bahawa kita sering ditipu oleh sejarah.

Jangan lupa saksikan dokumentari "Alexander bukan Zulkarnain" bermula 9 jan 2009, setiap 10 malam di astro oasis.

saudara juga boleg singgah di blog saya - syirfan.wordpress.com untuk melihat gambar-gambar semasa penggambaran dan catatan kembara saya di kategori - Kajian : Alexander Bukan Zulkarnain.

terima kasih

syirfan
penerbit Alexander Bukan Zulkarnain

Anonymous said...

admin hanya berpandukan filem untuk menilai siapakah alexander

PuteraKe4 said...

Adakah Iskandar Zulkarnain yang dikenali sebagai Alexander the Great adalah invidu yang disebut oleh Allah dalam al-quran (Zulqarnain)? Al Hafiz Ibnu Hajar menerangkan bahawa Iskandar (Alexander) ialah seorang Yunani musyrik, gurunya Aristotel manakala Zulqarnain ialah seorang arab muslim. Mereka ialah dua orang yang berlainan. والله أعلم
(Copy paste dari : http://anaktokimam.blogspot.com/2013/01/benarkah-alexander-seorang-nabi.html